FATAMORGANA (Hijjaz)
Pulanglah pada Tuhan
Cahaya Kehidupan, Syarat Bahagia di Dunia
Akhirat kekal selamanya, pada Allah
Allah…
Sudah menjadi lumrah, kehidupan di dunia
Jabaran dan dugaan, mendewasakan usia
Rintangan dilalui, tambah pengalaman diri
Sudah sunah ketetapan Ilahi….
Deras arus dunia, menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana, melalaikan menipu daya
Dikejar cintai, Bak bayangan tak bertepi
Tiada sunahnya, Dunia yang dicari
…………………………………………………………………………………………….
Begitu indah, dunia… siapapun kan tergoda…
Harta, Pangkat dan Wanita; melemahkan jiwa…….
Tanpa Iman dalam Hati, kita kan dikuasai..
Syaithan nafsu dalam diri
Musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan
Cahaya Kehidupan; Keimanan, Ketakwaan kepada-Nya
Senjata Utama…………….
…………………………………………………………….……………………………
Sabar menempuh jalan
Tetapkan Iman dihati
Yakinkan janji Tuhan, syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat Dunia penuh pancaroba
Hidup Akhirat kita kekal Bahagia….2x
……………………………………………………………………………….
Pulanglah pada Tuhan
Cahaya Kehidupan, Syarat Bahagia di Dunia
Akhirat kekal selamanya, pada Allah
Allah
BILA TUHAN DIKENALI (Mawaddah)
Kalau Tuhan… kita kenali, kasih sayang dan peranan-Nya
Kalau Tuhan …kita fahami, keagungan dan kekuasaan-Nya
Kalau Tuhan… kita rasakan, betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya
Kita akan sanggup berkorban, apa saja kerana-Nya…2x
Kalau Tuhan dikenali………
Cinta-ilah Tuhan, Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa saja kerana-Nya
Cintakan Tuhan, cinta paling Maha
Cintakan selain Tuhan, cinta MURAHAN…
———————————————————————–
Kalau Tuhan…kita kenali, Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan…kita fahami, Dialah Pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah, kita faham… Tuhan ini siapa sebenarnya…
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya
Kita sanggup buat apa saja, Demi Cinta pada-Nya…
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya
Kita akan sanggup menderita, Demi Cinta pada-Nya
Kalau Tuhan dikenali
Cinta-ilah Tuhan Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa saja kerana-Nya
Cintakan Tuhan, Cinta yang abadi
Cintakan selain Tuhan, Cinta MURAHAN…
AKIBAT CINTA DUNIA (Mawaddah)
Cintakan dunia membuatkan manusia
Cintakan diri yg membawa hidup nafsi2
Cintakan dunia yg membawa perpecahan
Sanak saudara kenalan dan kawan biasa
Cintakan dunia, hilang kasih sayang sesama manusia
Cintakan dunia yg membunuh kasih sayang keluarga dan bangsa..2x
Akhirnya timbul perpecahan
Di kalangan manusia, pergaduhan dan peperangan berlaku
Cinta dunia ibarat racun yg membunuh kasih dan sayang
Cinta dunia adalah musuh manusia
Tapi manusia tidak sedar dan tidak faham
Sungguh kejam cinta dunia itu..
Ia mengharubirukan kehidupan manusia
Ia merenggangkan persaudaraan
Cintakan dunia membuatkan manusia
Cintakan diri yang membawa hidup nafsi2
Cintakan dunia yg membawa perpecahan
Sanak saudara kenalan dan kawan biasa
—————————————————
Tapi manusia tidak sedar dan tidak faham
Sungguh kejam cinta dunia itu..
Ia mengharubirukan kehidupan manusia
Ia merenggangkan persaudaraan
——————
Cintakan dunia hilang kasih sayang sesama manusia
Cintakan dunia yg membunuh kasih sayang keluarga dan bangsa
Akhirnya timbul perpecahan
Di kalangan manusia, pergaduhan dan peperangan berlaku
Cinta dunia ibarat racun yg membunuh kasih dan sayang
Cinta dunia adalah musuh manusia